Assalammualaikum kepada semua warga sekolah yang bertuah ini...
Alhamdulillah akhirnya perpustakaan yang direalisasikan oleh Pengetua SMK DAHA Pn. Hjh Faridah bt Kalam serta warga sekolah dapat memulakan operasinya pada awal tahun 2012..
Walaupun belum cukup indah di mata, tetapi perpustakaan yang pada asalnya merupakan Sanggar Nilam mendapat sambutan yang amat memberangsangkan..Mungkin kerana letakannya yang tidak menyebabkan ibu yang mengandung mengah untuk memanjat ke pusat sumber ini, tidak menyebabkan seseorang hampir tercabut lutut kakinya dan lenguh sendi lutut..hehe..Maaf. Saya hanya berlawak sahaja.
Operasi perpustakaan 1 di blok G tingkat 4 tetap diteruskan seperti biasa walau ada sedikit kesulitan kerana tiada guru yang akan berada di situ sepanjang masa memandangkan Pn Saadah melaksanakan tugasnya di pperpustakaan 2.
OK..Perpustakaan 1 di buka untuk pelajar SMKDAHA tetapi lebih menumpukan bahan bacaan untuk menengah atas, manakala Perpustakaan 2 menumpukan kepada menengah rendah. Harap maklum ye pelajar dan rakan-rakan guru..
Aktiviti NILAM boleh menggunakan kedua-dua pusat sumber yang mana cikgu rasakan lebih dekat.
Alhamdulillah juga NILAM berjaya digerakkan dan telah dimasukkan di dalam jadual waktu even terdapat sedikit kesukaran dalam pelaksanaannya..Moga matlamat utama NILAM akan dapat dicapai..
OK cukup sekadar permulaan kata daripada saya..Faridanura Abdullah..
Post seterusnya akan menyusul. ni baru kira feedback la ye..kira blog ni antara formal dan tidak formal..