Tuesday, 14 February 2012

MARI BEKERJA

Tahun ni kita perlu bekerja lebih keras..Saya akan ingat tarikh 13hb Feb ni sampai bila2..pemantauan pusat sumber cemerlang..banyak yang perlu dipebaiki dan dilakukan..
Tapi..saya tak mampu lakukannya sendiri..jadi saya mengharapkan bantuan kawan-kawan kerana saya tahu saya masih mentah dan perlukan pendapat dan bantuan orang lain..Oleh itu..mari kita bergerak mulai tahun ini untuk menghidupkan PSS SMKDAHA agar semakin bertambah baik dan cemerlang..insya allah..


LET'S WORK TOGETHER!

Sunday, 12 February 2012

PEMANTAUAN PUSAT SUMBER CEMERLANG

Minggu ni minggu yang amat sibuk..pengetua sibuk..cikgu-cikgu sibuk..x larat
esok pagi (isnin-13hb2) ad pemantauan coz pusat sumber sekolah wakil pusat sumber cemerlang (wakil daerah) zon bandar..

banyak sangat benda tak settle..tapi at least kerana this competation we have to try our best so that kita tak la memalukan sangat even mmg payah nak get perfect mark.

Whatever pun..papan kenyataan sekolah..cikgu-cikgu try lengkapkan walau tahu hari Jumaat. Tadi ptg pun ad lagi kat sekolah yang buat kerja..Terima Kasih kepada semua..and very sorry coz tak plan awal.. kami pun tahu last minute.PKG bagtau..

So..tunggu keputusan esok macam mane..pe lah=gi yang perlu kita perbaiki akan terus diusahakan..
SEMOGA SMKDAHA cemerlang !

Friday, 10 February 2012

PERATURAN PERPUSTAKAAN

KEAHLIAN
  • Semua murid, guru dan staf bukan guru SKBP adalah ahli Pusat Sumber Sekolah.
  • Semua ahli dikenakan yuran keahlian sebanyak RM0.60
  • Setiap ahli akan dibekalkan dengan Kad Ahli dan diberi nombor ahli.
  • Sebarang peminjaman buku tidak dibenarkan tanpa kad ahli.
  • Setiap peminjaman mesti menggunakan kad ahli sendiri dan tidak boleh berpindah milik.
  • Kad ahli yang rosak atau hilang boleh diganti dengan kad ahli yang baru dengan kos RM 1.00.
  • Perubahan peraturan keahlian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa.
PEMINJAMAN BAHAN
  • Setiap ahli hanya dibenarkan meminjam  tiga buah buku sahaja dalam satu masa untuk tempoh 7 hari  persekolahan.
  • Ahli tidak dibenar meminjam buku bagi pihak murid lain.
  • Semua peminjam bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan buku yang dipinjam daripada hilang, koyak, diconteng, dsb.
  • Sekiranya buku yang dipinjam didapati terkoyak, rosak atau kotor dengan tidak sengaja, jangan cuba membaikinya sendiri. Sebaliknya kembalikan buku berkenaan dengan bilangan helaian yang cukup dan maklumkan kepada Penyelaras PSS / Guru PSS / Pengawas PSS.
  • Buku rujukan, majalah, jurnal, risalah, dll. tidak boleh dipinjam keluar daripada perpustakaan. Bacaan hanya di dalam perpustakaan
  • Ahli hanya dibenarkan meminjam buku berbintik OREN (red spot book) untuk tempoh satu jam  dan hanya boleh dirujuk di dalam bilik perpustakaan sahaja (tidak boleh dibawa keluar).
  • Peminjaman buku berbintik merah hendaklah direkod dalam 'Buku Rekod Pinjaman Terhad'.
  • Peminjam  boleh memperbaharui tarikh pinjaman yang tamat tempoh  sekiranya buku tersebut tiada tempahan daripada ahli yang lain.
  • Semua bahan boleh dibawa keluar dari bilik perpustakaan hanya setelah mendapat kebenaran daripada Penyelaras PSS / Guru PSS I / Pengawas PSS dan merekodkannya dalam buku rekod khas.
  • Untuk mendapatkan majalah, pelajar perlu ke kaunter pinjaman dan menulis nama  serta nama majalah yang dikehendaki. Majalah tidak boleh dibawa keluar dari perpustakaan.
PEMULANGAN BAHAN
  • Buku yang dipinjam hendaklah  dipulangkan sebelum atau selewat-lewatnya pada tarikh yang ditetapkan (rujuk pada tarikh di slip tarikh pulang buku).
  • Peminjam yang lewat memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan akan dimaklumkan melalui pelbagai media, misalnya, diperhimpunan mingguan sekolah, radio sekolah, dsb.
  • Buku yang lewat dipulangkan oleh peminjam akan dikenakan kompaun sebanyak 50 sen satu hari tetapi tidak melebihi harga buku tersebut dan RM0.30/ jam (untuk bahan red spot)
  • Peminjam adalah bertanggungjawab ke atas setiap buku yang dipinjam. Sekiranya  buku  tersebut didapati hilang semasa dalam tempoh peminjaman, peminjam berkenaan dikehendaki menggantikan buku lain yang berjudul sama atau membayar ganti rugi sejumlah harga buku tersebut.
  • Sekiranya pelajar membawa keluar bahan dari perpustakaan tanpa keizinan, tindakan disiplin akan dikenakan.
  • Peraturan-peraturan  lain yang berkaitan dengan pemulangan buku akan dimaklumkan oleh Penyelaras PSS / Pengawas PSS dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
CARA MEMINJAM BUKU
  • Kenal pasti judul  atau perkara buku yang hendak dipinjam.
  • Kesan maklumat tersebut melalui kad katalog dalam kabinet katalog.
  • Dengan maklumat yang diperoleh, sila kesan buku berkenaan di rak buku berkaitan.
  •  Ambil buku tersebut di rak dan keluarkan kad buku dari kocek buku.
  • Tulis nama dan tingkatan anda belajar pada kad buku tersebut.
  • Serahkan bukukad buku dan kad keahlian kepada Pengawas PSS di Kaunter Edaran (Bahagian Peminjaman) untuk diproses.
  • Terima buku yang siap diproses dan serahkan kepada Pengawas PSS di pintu keluar untuk disemak.
  • Anda dibenarkan membawa keluar buku berkenaan.
PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN SEMASA WAKTU BELAJAR
  • Guru dilarang daripada membawa murid kelasnya ke perpustakaan pada waktu rehat persekolahan. 
  • Guru hendaklah sentiasa bersama muridnya semasa berada di perpustakaan.
  • Hanya satu kelas sahaja dibenarkan berada di perpustakaan pada satu masa.
  • Satu waktu mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diperuntukkan bagi setiap kelas untuk aktiviti NILAM
  • Pengajaran secara terancang hendaklah dilaksanakan semasa berada di perpustakaan.
  • Guru-Guru mata pelajaran lain boleh membuat tempahan slot waktu yang diperlukan untuk aktiviti P & P di perpustakaan.
 PERATURAN-PERATURAN AM
  • Pengguna digalakkan memakai pakaian yang sesuai ketika berada di perpustakaan. Pakaian jeans, seluar pendek, skirt, pakaian seksi, selipar, dan pakaian-pakaian lain yang sejenis dengannya tidak dibenarkan sama sekali.
  • Pengguna hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis dan buku tulis sahaja ke dalam perpustakaan. Manakala beg, fail peribadi, dan bahan-bahan yang mencurigakan hendaklah diletak di tempat yang telah disediakan.
  • Bahan-bahan di perpustakaan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan sebelum ia direkod oleh Penyelaras PSS / Guru PSS / Pengawas PSS.
  • Membawa keluar bahan-bahan perpustakaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan. Murid yang terlibat akan dihukum.
  • Pengguna dilarang daripada makan dan minum di dalam perpustakaan.
  • Berbincang, berbual, berkelakuan sumbang, dan  aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengganggu ketenteraman dan keharmonian pengguna lain adalah dilarang.
  • Pengguna dikehendaki menjaga kebersihan dan keselamatan bahan-bahan di perpustakaan.
  • Pengguna hendaklah meletak kembali buku yang telah dibaca/dirujuk ke rak asal buku tersebut. Sekiranya tidak pasti tempatnya, sila letakkan di troley yang di sediakan atau minta nasihat daripada Pengawas PSS yang bertugas.
  • Pengguna hendaklah menghormati dan mematuhi arahan daripada Pengawas PSS yang sedang bertugas.
  • Pengguna dilarang daripada berbuat bising atau mesti dalam keadaan senyap.
  • Pengguna diminta menarik kerusi dengan perlahan untuk mengelak daripada mengganggu pengguna lain.
  • Pengguna diminta merapatkan kembali kerusi yang digunakan ke meja sebelum beredar.
  • Pengguna hendaklah memastikan tangan dalam keadaan bersih semasa berada di dalam perpustakaan supaya bahan-bahan tersebut selamat daripada kekotoran.
  • Tarik buku atau bahan-bahan lain daripada rak dengan perlahan untuk mengelak bahan-bahan tersebut daripada rosak, koyak, dll.
  • Semasa keluar dari perpustakaan, pengguna dikehendaki mempamerkan bahan-bahan yang dibawa keluar untuk pemeriksaan oleh Pengawas PSS.

KETENTERAMAN SEMASA DI PERPUSTAKAAN
  • Pengguna hendaklah menentukan kerusi yang digunakan dirapatkan  semula ke meja dalam keadaan senyap sebelum meninggalkan perpustakaan.
  • Murid dikehendaki beratur ketika hendak masuk, keluar atau ketika ingin meminjam dan memulang buku.
  • Semua murid dikehendaki keluar segara daripada perpustakaan dalam keadaan beratur dan senyap aopabila loceng penamat dibunyikan.
  • Murid tidak dibenarkan berdiri, berbuat bising atau melakukan sesuatu perbuatan yang boleh mengganggu pengguna di luar perpustakaan sepanjang tempoh perpustakaan dibuka. 
LAIN-LAIN
  • Peraturan ini mesti dipatuhi oleh semua pengguna pada setiap masa dan keadaan.
  • Semua peraturan yang digubal ini adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan keadaan.


    ANUGERAH NILAM

    Pada 8 dan 9 Februari yang lalu, dua orang pelajar sekolah kita telah menyertai pertandingan anugerah Tokoh Nilam peringkat daerah anjuran PKG Pekan Nenas. Mereka ialah


    1. NUR ANISA BINTI ZAMRI
    5 SAINS 1
    dan 
    2. NUR HAZWANI BINTI MOHD HALID
    5 SAINS 1

    Tahniah diucapkan kepada calon sekolah kita kerana mendapat tempat ketiga dan naib johan mewakili sekolah menengah bandar.

    Carta Gantt / Pelan Tindakan Tugas Guru Perpustakaan dan Media 
    SMK DATO' ALI HJ AHMAD



    Bil
    AKTIVITI UTAMA / AKTIVITI KECIL
    Bulan
    Catitan
    J
    F
    M
    A
    M
    J
    JL
    O
    S
    O
    N
    D
    1
    Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama Pengetua/Guru Besar, kakitangan PSS, guru dan murid.

    1.        Mesyuarat AJK Induk, AJK Kerja dan AJK Pengawas PSS (yang telah dimasukkan ke dalam takwim sekolah).
    1.        Merancang dan mengadakan program bersama panitia mata pelajaran.
    2.        Menyediakan Takwim PSS dan mengemas kini Fail Kuasa.
    3.        Menyediakan kertas kerja.
    4.        Pemantauan dan penilaian.
    5.        Laporan bertulis dan bergambar.




    2
    Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama JK Kurikulum Sekolah

    1.        Membuat bajet setelah mendapatkan maklumat daripada panitia mata pelajaran.
    2.        Menyediakan kertas kerja.
    3.        Pemantauan dan penilaian.
    4.        Laporan













    3
    Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini.
    1.        Bersama panitia m/p
    ·         Membina Fail Tegak
    ·         Membina Buku Skrap
    2.        Merancang pembelian bahan, hasil daripada maklum balas guru panitia.
    3.        Organisasi bahan (proses bahan).
    4.        Indeks bahan dari bilik khas.
    5.        Pemantauan dan penilaian.
    6.        Laporan




    4
    Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

    1.        Mengemas kini carta organisasi PSS.
    2.        Menyediakan jadual penggunaan PSS.
    3.        Menyediakan Kertas Kerja Program.
    4.        Indeks bahan dari bilik khas.
    5.        Kursus Kemahiran Maklumat.
    6.        Aktiviti Jejak Maklumat.
    7.        Pemantauan dan penilaian.
    8.        Laporan bertulis dan bergambar




    5

    Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.

    1.        Mesyuarat AJK NILAM.
    2.        Pelancaran dan Pelaksanaan.
    3.        Pengumpulan Data daripada JK Pelaksana.
    4.        Anugerah.
    5.        Pemantauan dan penilaian.
    6.        Laporan bertulis dan bergambar.




    6
    Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS.

    1.        Power point
    2.        Excel
    3.        Edu Web TV
    4.        Penggunaan internet
    5.        Bengkel Organisasi Bahan
    6.        Kursus Kemahiran Maklumat
    7.        Bengkel Pelaksanaan Program NILAM






    7
    Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah

    1.        Brosur
    2.        Poster
    3.        Web PSS
    4.        Bookmark
    5.        Tunjuk Arah




    8
    Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan P&P berasaskan sumber.

    1.        Sekolah dalam PSS.
    2.        Penghasilan bahan oleh guru.
    3.        Kemahiran maklumat.
    4.        Pengajaran merentasi kurikulum.
    5.        Pemantauan dan penilaian.
    6.        Laporan.




    9
    Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS. 

    1.        Khidmat nasihat
    2.        Khidmat Bantu.
    3.        Pemantauan dan penilaian.
    4.        Perkongsian Pintar dengan agensi-agensi lain.




    10
    Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS

    1.        Menyemak bahan yang diterima.
    2.        Merekod Dan mengindeks bahan dari bilik khas.
    3.        Sirkulasi bahan.
    4.        Rekod Penggunaan.
    5.        Pemantauan dan penilaian.
    6.        Analisis penggunaan.
    7.        Laporan.




    11
    Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk dan JK Kerja PSS

    1.        Menentukan tarikh mesyuarat.
    2.        Menghantar surat panggilan.
    3.        Menyediakan dan mengedar minit mesyuarat.




    12
    Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS

    -          Membentang Laporan Pemantauan dan Penilaian di Mesyuarat AJK Induk, AJK Kerja,  AJK Pengawas PSS.












    13
    Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori (bahan, alatan dan perabot) peralatan PSS

    1.        Menyemak rekod perolehan.
    2.        Menyemak rekod pergerakan bahan.
    3.        Memantau penempatan bahan.
    4.        Melaksana pelupusan dan menutup stok.












    14
    Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri (PPSSNP)

    -          Menyertai aktiviti Persatuan PSSNPk dari masa ke masa.




    15
    Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS.

    1.        Mengenal pasti masalah.
    2.        Menjalankan kajian.
    3.        Membuat perubahan atau penambah baikan.
    4.        Laporan.












    16
    Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS

    1.        Laporan analisis dibentangkan di mesyuarat akhir tahun. (sediakan dalam Power Point).
    2.        Mengambil dan beri maklum balas daripada ahli mesyuarat.













    17
    Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program PSS khasnya Laporan PSS dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN pada bulan yang telah dityetapkan setiap tahun (seperti di bawah)

    1.        IQ PSS – Jun.
    2.        i-NILAM - Mac, Jun dan Sept.





    18
    Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program dan penggunaan Pusat Akses

    1.        Menyediakan Jadual Penggunaan.
    2.        Menyediakan Direktori.
    3.        Bina koleksi bahan internet dalam CD.
    4.        Latihan penggunaan kepada guru dan pelajar.
    5.        Pemantauan dan penilaian.
    6.        Analisis penggunaan.
    7.        Laporan.