Saturday, 25 April 2015

LELAKI PANJANG UMUR PADA ZAMAN NABI SULAIMAN

Pada zaman Nabi Sulaiman, ada seorang lelaki yang tinggal di dalam kubah yang mempunyai empat pintu di dasar laut. Lelaki itu tinggal di dalam kubah itu selama kira-kira 1500 tahun. Dia mendapat makanan dan minuman yang enak daripada Allah yang menghantarnya melalui seekor burung. Sepanjang masa lelaki itu hanya beribadah di dalam kubahnya. Dia melakukan yang demikian kerana mahu berbakti kepada kedua-dua orang tuanya walaupun mereka sudah meninggal dunia.
Ikutilah kisah lelaki ini …
Allah mewahyukan kepada Nabi Sulaiman, ‘Keluarlah ke tepi laut. Disana kau akan melihat sesuatu yang ajaib dan luar biasa’. Nabi Sulaiman pun keluar dari istananya diiringi oleh rombongan jin dan manusia. Apabila sampai ke tempat yang dimaksudkan oleh Allah itu, Nabi Sulaiman memerhati keadaan sekelilingnya dan beliau tidak melihat apa-apa yang luar biasa. Beliau memerintahkan jin menyelam ke dasar lautan dan membawa apa-apa yang ajaib dari sana. Beberapa saat kemudian jin itu naik semula dan berkata, ‘Aku menyelam jauh ke dasar lautan tetapi aku tidak melihat apa-apa yang ajaib’.
Nabi Sulaiman tidak berputus asa dan memerintahkan jin lain pula menyelam namun masih tidak menemui apa-apa pun yang ajaib. Akhirnya Nabi Sulaiman mendapatkan Aashif bin Barkhiya, seorang yang mendapat ilmu terus daripada Allah. Baginda berkata, ‘Wahai Aasif bin Barkhiya, bawakan sesuatu yang ajaib yang ada dalam lautan ini’. Aasif terus berdoa dan memohon Allah menunjukkan keajaiban itu. Tiba-tiba memancar cahaya dari dasar lautan itu dan kemudian muncul sebuah kubah yang dibina daripada mutiara putih. Ia mempunyai empat pintu yang setiap satunya diperbuat daripada intan permata, batu yakut, mutiara dan batu berwarna hijau.
Nabi Sulaiman kagum melihat kubah itu lalu beliau berdoa kepada Allah untuk membuka pintu kubah itu. Dengan izin Allah, semua pintu kubah itu terbuka tetapi tidak setitis air pun yang memasuki kubah itu. Di tengah-tengah kubah itu kelihatan seorang pemuda berpakaian bersih dan berwajah tampan sedang solat.
Apabila selesai pemuda itu bersolat, Nabi Ibrahim pun masuk ke dalam kubah itu lalu memberi salam kepadanya. Nabi Sulaiman bertanya, ‘Siapakah kamu? Malaikat, jin atau manusia?’
Pemuda itu menjawab, ‘Aku manusia’.
‘Mengapa kamu tinggal dalam kubah yang berada di dasar lautan ini?’ Tanya Nabi Sulaiman lagi.
Pemuda itu berkata, ‘Wahai nabi Allah, ayahku dulu seorang yang lumpuh dan ibuku pula buta. Tidak ada yang menjaga dan melayani mereka selain aku. Aku menjaga mereka selama tujuh tahun. Sewaktu ibuku hampir meninggal dunia, dia berdoa kepada Allah, ‘Ya Allah, panjangkanlah umur anakku, limpahkan sifat qanaah kepadanya dan jadikan dia anak yang taat kepadMu. Tempatkanlah anakku di suatu tempat di mana syaitan tidak dapat mengganggunya’.
‘Sejak kematian ibu bapaku, aku meninggalkan rumah dan datang ke tepi laut ini. Tiba-tiba aku melihat kubah ini dan aku masuk ke dalamnya. Sebaik sahaja aku memasuki kubah ini, malaikat membawanya ke dasar lautan’.
Nabi Sulaiman bertanya lagi, ‘Waktu itu kamu berada pada zaman mana?’
Dia menjawab, ‘Zaman Nabi Ibrahim’.
Dengan demikian umur pemuda itu telah mencapai kira-kira 1500 tahun, tetapi wajahnya tetap muda dan tidak ada sehelai uban pun di atas kepalanya.
‘Bagaimana kamu makan dan minum?’, tanya Nabi Sulaiman.
Pemuda itu menjawab, ‘Setiap hari ada burung yang datang membawakan makanan kepadaku. Apabila aku memakannya, aku merasakan makanan yang ada di seluruh dunia. Aku kenyang dan puas, hilang rasa laparku dan hausku. Hilang juga rasa panas, sejuk, mengantuk, jemu dan malas’.
Nabi Sulaiman bertanya lagi, ‘Adakah kamu suka tinggal di sini ataupun kamu mahu mengikutku balik ke atas daratan?’
‘Kembalikan saja aku ke dasar laut wahai nabi’, jawabnya
Dengan itu Nabi Sulaiman pun bersalaman dengan pemuda itu dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian Nabi Sulaiman meminta Aashif mengembalikan kubah itu ke dasar laut.
Lihatlah bagaimana Allah menerima doa seorang ibu yang begitu luar biasa. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dan jangan sekali-kali menderhaka kepada ibu-bapa kita.
Petikan daribada buku Dahsyatnya Doa Ibu, oleh Syamsuddin Noor

Wednesday, 1 April 2015

PERTANDINGAN NILAM

TARIKH: 4 MAC 2015- 5 MAC 2015

TEMPAT: PKG BANDAR PONTIAN

NAMA PESERTA

1. FAIZ
2. 'ULYA

KEPUTUSAN PERTANDINGAN: 

TEMPAT KETIGA BAGI NILAM
BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS




Tajuk-tajuk Karya-karya Agung (Besar)

Karya-karya Agung (Besar)

Definisi

Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran  dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan  nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.

Rasional

Hasil daripada penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan mendapati majoriti calon lebih mementingkan kuantiti buku  yang dibaca daripada kualiti buku. Hanya segelintir calon terutamanya calon sekolah menengah yang dikenal pasti membaca karya-karya bacaan bermutu daripada penulis-penulis dan sasterawan berwibawa. Justeru, galakan membaca karya besar perlu ditekankan dalam penghayatan pembacaan murid bagi menjurus mereka ke arah pemikiran kritis dan kreatif.

Karya besar amat penting kerana karya ini merupakan khazanah komprehensif tentang maklumat dan ilmu pengetahuan dalam semua lapangan bidang ilmu yang berkembang dalam sejarah peradaban manusia. Kefahaman kepada idea dan gagasan besar yang dilontarkan merupakan usaha manusia untuk memahami dan menghayati kebijaksanaan yang merupakan santapan mental  dan rohani yang diperlukan oleh manusia.

Persoalan yang dibahaskan dalam karya besar ini masih relevan dengan isu semasa walaupun ada antaranya telah ditulis berabad-abad yang lalu. Persoalan ini masih segar dan perlu diterokai daripada pelbagai konteks dan perspektif. Atas kesedaran tersebut, maka koleksi karya-karya besar perlu diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah.

Objektif

1.        Menyokong program galakan membaca di sekolah-sekolah melalui penghayatan pembacaan karya-karya besar dan bahan-bahan bacaan yang bermutu.
2.          Mendedahkan murid-murid kepada karya-karya besar agar mereka dapat menilai dan menghargainya.
3.          Melahirkan  murid-murid yang berpengetahuan, berfikiran  kritis dan kreatif
4.            Melahirkan masyarakat  berilmu  dan menghayati budaya ilmu
5.            Membina tradisi menulis dan memperkayakan kreativiti penulisan.


Kriteria

1.           Meliputi karya kreatif dan non-kreatif  daripada penulis dan pemikir berwibawa.
2.          Ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau  karya-karya terjemahan.
3.            Karya oleh penulis tempatan dan luar negara.
4.           Karya yang mempunyai nilai yang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan  atau antarabangsa.
5.          Karya-karya yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat,  agama, bangsa, atau kaum.
6.            Sesuai dengan budaya masyarakat setempat.
7.             Karya asli.
8.             Karya-karya besar dalam bentuk edisi  pelajar adalah diterima.


Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Agung (Besar)

Bahasa Inggeris

Bahan Bacaan Sekolah Menengah (Atas)

Karya Klasik
1.     Hamlet                                                               - William Shakespeare
2.     Romeo and Juliet                                              - William Shakespeare
3.     The Merchant of Venice                                    - William Shakespeare
4.     Cleopatra                                                           - William Shakespeare
5.     The Tempest                                                     - William Shakespeare
6.     As You Like it                                                    - William Shakespeare
7.     Much Ado About Nothing                                  - William Shakespeare
8.     The Taming of The Shrew                                 - William Shakespeare
9.     Twelfth Ninth                                                     - William Shakespeare
10.            King Lear                                                           - William Shakespeare
11.            King Arthur and Knights of the Round Table     - William Shakespeare
12.            Henry V                                                             - William Shakespeare
13.            The Prince of Padua                                         - William Shakespeare
14.            Illiad  & Odyssey                                               - Homer
15.            Oedipus                                                            -  Socrates  
16.            Pride and Prejudice                                       -  Charlotte Bronte
17.            To Kill A Mockingbird                                     -  Harper Lee
18.            Roots                                                             -  Alex Haley 
19.            Of Mice and Men                                           -  John Steinbeck.
20.            Animal Farm                                                  -  George Orwell.
21.            The Scarlet Letter                                          -  Nathaniel Hawthrone.
22.            Moll Flanders                                                 -  Nathaniel Hawthrone.
23.            Gone with the Wind 
24.            Wuthering Heights                                         -  Charlotte Bronte
25.            The Tale of Two Cities                                   -  Charles Dicken
26.            Jane Eyre                                                      -   Charlotte Bronte
27.            The Pearl                                                       -  John Steinbeck
28.            Sons and Lovers                                           -   D.H. Lawrence
29.            The Pygmalion                                              -   George Bernard Shaw
30.            The Importance of Being Ernest                   -  Oscar Wilde
31.            Noli me Tangare ( My Hand)                        -  Jose Rizal
32.            Centerbury Tales                                          -  Chaucer
33.            Lord of The Rings                                         -  L. Tolkien
34.            Collections of Khalil Gibran                                                    

Karya Bacaan Matang dan  Bukan Fiksyen (Menengah Atas)

1.     Mein Kempf   (My Struggle)       -    Adolf Hitler     (terjemahan Bahasa Inggeris)
2.     The Wealth of Nation              -    Adam Smith
3.     The Republic                           -    Plato
4.     The Prince                              -    Machiavelli
5.     Utophia                                  -    Sir Thomas More
6.     In Praise of Folly                     -    Erasmus
7.     Chicken Soup of The Soul                 


Bahasa Melayu

Sekolah Menengah

Karya Klasik

1.     Tuhfat An-Nafis
2.     Hikayat Merong Mahawangsa
3.     Hikayat Malim Deman
4.     Hikayat Laila Majnun    
5.     Hikayat Raja Donan
6.     Hikayat Malim Deman
7.     Hikayat Awang Sulung Merah Muda
8.     Hikayat Amir Hamzah
9.     Pelayaran Abdullah                                   - Munsyi Abdullah

Bahan Bacaan Kontemporari / Moden sekolah menengah

1        Ranjau Sepanjang Jalan                            - Shahnon Ahmad
2        Salah Asuhan                                           - Abdul Moies
3        Tenggelamnya Kapal Van Der Widjk             - Drs. Prof. Hamka
4        Uda dan Dara                                           - Usman Awang
5        Salina                                                       - A. Samad Said
6        Sejarah Melayu                                        -  Tun Sri Lanang
7        Anak Mat lela Gila                                      - Pak Sako


Lain-lain
2.   Puteri Gunung Tahan                      - Pak sako
3 . Melor Kuala Lumpur                        - Harun Aminurrashid
4 . Gelombang Hidup                           - Abdullah Sidek
5 . Nyawa di Hujung Pedang                 - Ahmad Murad Nasarudin
6 . Sisa Neraka Dunia                          - Ahmad Lutfi
--------------------------------------------------------------------------------------------

2. Sungai mengalir Lesu (1967)             - A.Samad said
3 . Desa Pingitan (1964)                       - Ibrahim Omar
4 . Pulanglah Perantau                         - Aziz Jahpin
5 . Samudera                                     - Arena Wati
6 . Merpati Putih Terbang Lagi               - Khatijah Hashim
7 . Interlok                                          - Abdullah Hussein
8 . Rentong                                        - Shahnon Ahmad
9 . Anak Titiwangsa                             - Keris Mas
10.Biru Warna                                     - Awang Had Salleh
11.Rantau Selamat                              - Abdullah Hussein
12.Badai Semalam                              - Khatijah Hashim
13.Gelora                                             - Arena Wati
14.Senja Belum Berakhir                      - Azizi Hj. Abdullah
15.Sami Mekong                                  - Azizi Hj. Abdullah          
16.Pahlawan Lembu                             - S.Othman Kelantan
17.Hari Terakhir Seorang Seniman         - Anwar Ridhwan
18.Saga                                               - A. Talib Hasan
19.Daerah Tercinta                              - Muhd Mansor Abdullah

--------------------------------------------------------------------------------------------
2 . Srengenge (1973)                           -
3 . Seluang Menodak Baung (1978)
4 . Lingkaran                                      - Arena Wati
5 . Bulan Merah di Tiga Kuala                - Zahari Afandi
6 . Kunang-Kunang                              - Zahari Afandi
7 . Bila Lagi Kompang Berbunyi             - Marwilis
8 . Ngayau                                            - Amil Jaya

 Karya terbitan Tahun 80an

1 . Tok Guru                                          - Shahnon Ahmad
2 . Daerah Zeni                                     - A. Samad Said
3 . Hujan Pagi                                        - A. Samad Said
4 . Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur   - Keris Mas
5 . Rimba Harapan                                 - Keris Mas
6 . Seorang Tua di Kaki Gunung              - Azizi Hj. Abdullah
7 . Mega-Mega di Langit                          - Talib YK
8 . Lepaskan Kembali Aku ke Laut           - Shaari Isa
9 .  Buih di Atas Air                                 - Abdullah Hussein
10. Meniti Cahaya                                   - Ghazali MA
11. Sesudah Fajar Sebelum Senja           - Baharuddin Sidi
12. Di Sebalik Sebuah Kubah                 - Harun Hj. Salleh
13. Langit Petang                                  - A. Samad Said
14. Tunggul Gerigis                               - Shahnon Ahmad
15. Di Negeri Belalang                          - Anwar Ridhwan
16. Terang Bulan                                  - Rahmat Harun
17.  Arus                                              - Anwar Ridhwan.