Monday, 3 December 2012

embed video

INSTRUCTIONAL DESIGN
- behaviourisme 
ADVANTAGES
 -suitable to learn english


 

Thursday, 16 August 2012

SALAM AIDILFITRI

Kepada semua guru dan pelajar SMK Dato' Ali Hj Ahmad..


SEMOGA LEBARAN PADA KALI INI MEMBAWA 
KEBAHAGIAAN KEPADA SEMUA

Wednesday, 27 June 2012

SINOPSIS BUKU DI PASARAN


Primadona? Dia? Hilang akal ke apa Abang Kama si pengarah dengan Rose si tukang usung kipas itu. Bila masa pula dia pandai berlakon. Berladen ialah kut. Berladen itu berkait dengan melayan. Tahulah dia, sebab dia kan budak Penulisan. Jadi, takkanlah dia nak pandai berlakon macam budak Teater atau budak Filem itu—Mike He dia, Sanaa.
“Primadona. Itulah watak awak mulai sekarang, Sanaa Abdul Rahim.”
Jadi, Sanaa sangat tak boleh percaya apabila dengan cakap begitu, dia dipilih menjadi primadona Produksi Bangsawan tahun itu. Di samping orang muda yang semua tahu layak berlakon dan berladen, Mike He Sanaa, Muhammad Falah. Tambah bila orang muda itu tak suka Sanaa jadi primadona, tak layak. Kaku. Keras. Sebab itu Falah asyik nak hentak pintu sampai berganti baru. Alahai… patahnya hati…
“Walaupun awak berlakon dengan baik tadi, tapi belum cukup baik. Jadi, tak banyak manalah suka awak tu kan. Saya ingatkan awak paling suka saya…”
Alamak! Macam mana hati Sanaa lepas dengar ayat macam ini. Falah nak Sanaa tunjuk sukanya dalam lakonannya selaku primadona. Primadona kepada orang muda. Primadona kepada Falah. Tambah pula lepas itu Falah kata dia primadona Falah, primadona orang muda itu. Kemudian Falah kata suka dia, sayang dia…
Macam mana ni…? Sanaa memanglah suka, tapi sayang Falah…?
“Awak kata, suka awak. Kat saya. Saya jawab, sayang awak. Kat awak.”
Kata Falah itu, bagaimanakah patut dibalas Sanaa? Dia hanya mahu jadi primadona orang muda di atas pentas sana, bukan pentas nyata. Dalam kepala sakit memikir, datang pula dugaan keluarga. Dia jadi rebutan dua keluarga dan Falah ajak dia k… Alamak, Sanaa tak boleh lengkapkan perkataan yang ejanya begini—K.A.H.W.I.N.—itu.





*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
NIAT anda memang untuk BERKAHWIN dgn si dia demi
menjaga agama & akhlak agar sentiasa tpelihara..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA "B'COUPLE" JIKA...
NIAT anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok
demi melayani kehendak nafsu & perasaan semata-mata..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah punya KEKUATAN & KETAHANAN untuk tidak terlibat
dlm perkara-perkara yg DIHARAMKAN oleh agama seperti
berpegangan tangan & sebagainya..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
masih SUKAR mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk
MENAHAN DIRI dari perkara-perkara diharamkan agama..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah LEPAS ilmu FARDHU AIN dan mempunyai tahap pencapaian akademik
yg baik dalam pengajian anda atau sebaik-baiknya mempunyai
pekerjaan yang tetap..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
KANDAS ilmu FARDHU AIN,mengaji quran pun lintang pukang & ada
masalah besar dlm pelajaran,atau anda penganggur yg masih
t'cari-cari pekerjaan..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah ISTIQAMAH menjaga SOLAT 5 waktu,PUASA di bulan ramadhan
dan sedang BERUSAHA sedaya upaya menjadi MUSLIM SEBENAR..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
mengucap syahadah pun tunggang langgang,solat kadang2,puasa jarang2

WALLAHUA'LAM




*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
NIAT anda memang untuk BERKAHWIN dgn si dia demi
menjaga agama & akhlak agar sentiasa tpelihara..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA "B'COUPLE" JIKA...
NIAT anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok
demi melayani kehendak nafsu & perasaan semata-mata..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah punya KEKUATAN & KETAHANAN untuk tidak terlibat
dlm perkara-perkara yg DIHARAMKAN oleh agama seperti
berpegangan tangan & sebagainya..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
masih SUKAR mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk
MENAHAN DIRI dari perkara-perkara diharamkan agama..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah LEPAS ilmu FARDHU AIN dan mempunyai tahap pencapaian akademik
yg baik dalam pengajian anda atau sebaik-baiknya mempunyai
pekerjaan yang tetap..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
KANDAS ilmu FARDHU AIN,mengaji quran pun lintang pukang & ada
masalah besar dlm pelajaran,atau anda penganggur yg masih
t'cari-cari pekerjaan..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah ISTIQAMAH menjaga SOLAT 5 waktu,PUASA di bulan ramadhan
dan sedang BERUSAHA sedaya upaya menjadi MUSLIM SEBENAR..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
mengucap syahadah pun tunggang langgang,solat kadang2,puasa jarang2

WALLAHUA'LAM

SUASANA PUSAT SUMBER SMK DAHA





JENIS PERKHIDMATAN DI PUSAT SUMBER

JENIS PERKHIDMATAN DI PUSAT SUMBER


Perkhidmatan Sirkulasi Bahan
Sirkulasi bahan di sesebuah PSS perlu mengambil kira saiz koleksi, 
jumlah pengguna dan keperluan pengguna. Sirkulasi bahan terdiri daripada pinjaman biasa, 
pinjaman khas dan pinjaman berkelompok

Perkhidmatan Khidmat Nasihat / Rujukan
Khidmat nasihat / rujukan perlu diberi kepada warga sekolah 
berkaitan perkara berikut pemilihan bahan, pencarian maklumat rekabentuk, 
pembinaan dan penggunaan bahan P&Pdan 
penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi.


 Perkhidmatan Kesedaran Semasa
PSS perlu menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS. Perkhidmatan ini boleh disediakan melalui sumber berikut :
a. laman web sekolah / PSS     
b. b. keratan akhbar
c. muka surat kandungan majalah                         
d. bibliografi beranotasi
e. senarai bahan terkini
f. abstrak dan indeks bahan terpilih
g. pangkalan data bibliografi sumber PSS h. pameran buku baru

 FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

· Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.
·  Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat
 bagi kegunaan individu atau kumpulan.
·  Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah 
berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.
·  Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya 
sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.
· Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti Perkhidmatan.

PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
1.  Pusat Penemuan

2. Pusat Pengajaran dan Pembelajaran

 3. Pusat Pengajaran

4.  Pusat Profesional

5.  Pusat Hubungan Masyarakat

OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH

OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH

· Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam  
  
 pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah 

menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis

·  Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama 

kepada semua warga sekolah

· Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, 

literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah 

dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

· Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran   sepanjang hayat

VISI DAN MISI PSS SMK DAHA


Misi PSS

· Berusaha menyediakan pelbagai kemudahan sumber yang lengkap dan kemas kini.
· Mempergiatkan langkah penggalakan penggunaan Pusat Sumber secara optimum dan
· Menjadikan PSS sebagai salah sebuah
PSS cemerlang di Daerah Pontian
Misi PSS

· Berusaha menyediakan pelbagai kemudahan sumber yang lengkap dan kemas kini.
· Mempergiatkan langkah penggalakan penggunaan Pusat Sumber secara optimum dan
· Menjadikan PSS sebagai salah sebuah
PSS cemerlang di Daerah Pontian
Misi PSS

· Berusaha menyediakan pelbagai kemudahan sumber yang lengkap dan kemas kini.
· Mempergiatkan langkah penggalakan penggunaan Pusat Sumber secara optimum dan
· Menjadikan PSS sebagai salah sebuah
PSS cemerlang di Daerah Pontian

VISI PSS
Menjadikan Pusat sumber sekolah
sebagai wadah kecemerlangan sekolah



Misi PSS

· Berusaha menyediakan pelbagai kemudahan sumber yang lengkap dan kemas kini.
· Mempergiatkan langkah penggalakan penggunaan Pusat Sumber secara optimum dan
· Menjadikan PSS sebagai salah sebuah
PSS cemerlang di Daerah Pontian


VISI PSS
Menjadikan Pusat sumber sekolah
sebagai wadah kecemerlangan sekolah

PIAGAM PELANGGAN PSS SMK DAHA


Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan mencukupi
· Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan berkeadaan baik dengan segera
· Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk keperluan atau kegunaan pengguna
· Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah
· Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan kepada pengguna dari semasa ke semasa
· Memberi khdimat, layanan mesra, bersopan dan setiasa peka kepada masalah pengguna.
· Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan penggunaan PSS kepada pengguna

Tuesday, 14 February 2012

MARI BEKERJA

Tahun ni kita perlu bekerja lebih keras..Saya akan ingat tarikh 13hb Feb ni sampai bila2..pemantauan pusat sumber cemerlang..banyak yang perlu dipebaiki dan dilakukan..
Tapi..saya tak mampu lakukannya sendiri..jadi saya mengharapkan bantuan kawan-kawan kerana saya tahu saya masih mentah dan perlukan pendapat dan bantuan orang lain..Oleh itu..mari kita bergerak mulai tahun ini untuk menghidupkan PSS SMKDAHA agar semakin bertambah baik dan cemerlang..insya allah..


LET'S WORK TOGETHER!

Sunday, 12 February 2012

PEMANTAUAN PUSAT SUMBER CEMERLANG

Minggu ni minggu yang amat sibuk..pengetua sibuk..cikgu-cikgu sibuk..x larat
esok pagi (isnin-13hb2) ad pemantauan coz pusat sumber sekolah wakil pusat sumber cemerlang (wakil daerah) zon bandar..

banyak sangat benda tak settle..tapi at least kerana this competation we have to try our best so that kita tak la memalukan sangat even mmg payah nak get perfect mark.

Whatever pun..papan kenyataan sekolah..cikgu-cikgu try lengkapkan walau tahu hari Jumaat. Tadi ptg pun ad lagi kat sekolah yang buat kerja..Terima Kasih kepada semua..and very sorry coz tak plan awal.. kami pun tahu last minute.PKG bagtau..

So..tunggu keputusan esok macam mane..pe lah=gi yang perlu kita perbaiki akan terus diusahakan..
SEMOGA SMKDAHA cemerlang !

Friday, 10 February 2012

PERATURAN PERPUSTAKAAN

KEAHLIAN
  • Semua murid, guru dan staf bukan guru SKBP adalah ahli Pusat Sumber Sekolah.
  • Semua ahli dikenakan yuran keahlian sebanyak RM0.60
  • Setiap ahli akan dibekalkan dengan Kad Ahli dan diberi nombor ahli.
  • Sebarang peminjaman buku tidak dibenarkan tanpa kad ahli.
  • Setiap peminjaman mesti menggunakan kad ahli sendiri dan tidak boleh berpindah milik.
  • Kad ahli yang rosak atau hilang boleh diganti dengan kad ahli yang baru dengan kos RM 1.00.
  • Perubahan peraturan keahlian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa.
PEMINJAMAN BAHAN
  • Setiap ahli hanya dibenarkan meminjam  tiga buah buku sahaja dalam satu masa untuk tempoh 7 hari  persekolahan.
  • Ahli tidak dibenar meminjam buku bagi pihak murid lain.
  • Semua peminjam bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan buku yang dipinjam daripada hilang, koyak, diconteng, dsb.
  • Sekiranya buku yang dipinjam didapati terkoyak, rosak atau kotor dengan tidak sengaja, jangan cuba membaikinya sendiri. Sebaliknya kembalikan buku berkenaan dengan bilangan helaian yang cukup dan maklumkan kepada Penyelaras PSS / Guru PSS / Pengawas PSS.
  • Buku rujukan, majalah, jurnal, risalah, dll. tidak boleh dipinjam keluar daripada perpustakaan. Bacaan hanya di dalam perpustakaan
  • Ahli hanya dibenarkan meminjam buku berbintik OREN (red spot book) untuk tempoh satu jam  dan hanya boleh dirujuk di dalam bilik perpustakaan sahaja (tidak boleh dibawa keluar).
  • Peminjaman buku berbintik merah hendaklah direkod dalam 'Buku Rekod Pinjaman Terhad'.
  • Peminjam  boleh memperbaharui tarikh pinjaman yang tamat tempoh  sekiranya buku tersebut tiada tempahan daripada ahli yang lain.
  • Semua bahan boleh dibawa keluar dari bilik perpustakaan hanya setelah mendapat kebenaran daripada Penyelaras PSS / Guru PSS I / Pengawas PSS dan merekodkannya dalam buku rekod khas.
  • Untuk mendapatkan majalah, pelajar perlu ke kaunter pinjaman dan menulis nama  serta nama majalah yang dikehendaki. Majalah tidak boleh dibawa keluar dari perpustakaan.
PEMULANGAN BAHAN
  • Buku yang dipinjam hendaklah  dipulangkan sebelum atau selewat-lewatnya pada tarikh yang ditetapkan (rujuk pada tarikh di slip tarikh pulang buku).
  • Peminjam yang lewat memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan akan dimaklumkan melalui pelbagai media, misalnya, diperhimpunan mingguan sekolah, radio sekolah, dsb.
  • Buku yang lewat dipulangkan oleh peminjam akan dikenakan kompaun sebanyak 50 sen satu hari tetapi tidak melebihi harga buku tersebut dan RM0.30/ jam (untuk bahan red spot)
  • Peminjam adalah bertanggungjawab ke atas setiap buku yang dipinjam. Sekiranya  buku  tersebut didapati hilang semasa dalam tempoh peminjaman, peminjam berkenaan dikehendaki menggantikan buku lain yang berjudul sama atau membayar ganti rugi sejumlah harga buku tersebut.
  • Sekiranya pelajar membawa keluar bahan dari perpustakaan tanpa keizinan, tindakan disiplin akan dikenakan.
  • Peraturan-peraturan  lain yang berkaitan dengan pemulangan buku akan dimaklumkan oleh Penyelaras PSS / Pengawas PSS dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
CARA MEMINJAM BUKU
  • Kenal pasti judul  atau perkara buku yang hendak dipinjam.
  • Kesan maklumat tersebut melalui kad katalog dalam kabinet katalog.
  • Dengan maklumat yang diperoleh, sila kesan buku berkenaan di rak buku berkaitan.
  •  Ambil buku tersebut di rak dan keluarkan kad buku dari kocek buku.
  • Tulis nama dan tingkatan anda belajar pada kad buku tersebut.
  • Serahkan bukukad buku dan kad keahlian kepada Pengawas PSS di Kaunter Edaran (Bahagian Peminjaman) untuk diproses.
  • Terima buku yang siap diproses dan serahkan kepada Pengawas PSS di pintu keluar untuk disemak.
  • Anda dibenarkan membawa keluar buku berkenaan.
PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN SEMASA WAKTU BELAJAR
  • Guru dilarang daripada membawa murid kelasnya ke perpustakaan pada waktu rehat persekolahan. 
  • Guru hendaklah sentiasa bersama muridnya semasa berada di perpustakaan.
  • Hanya satu kelas sahaja dibenarkan berada di perpustakaan pada satu masa.
  • Satu waktu mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diperuntukkan bagi setiap kelas untuk aktiviti NILAM
  • Pengajaran secara terancang hendaklah dilaksanakan semasa berada di perpustakaan.
  • Guru-Guru mata pelajaran lain boleh membuat tempahan slot waktu yang diperlukan untuk aktiviti P & P di perpustakaan.
 PERATURAN-PERATURAN AM
  • Pengguna digalakkan memakai pakaian yang sesuai ketika berada di perpustakaan. Pakaian jeans, seluar pendek, skirt, pakaian seksi, selipar, dan pakaian-pakaian lain yang sejenis dengannya tidak dibenarkan sama sekali.
  • Pengguna hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis dan buku tulis sahaja ke dalam perpustakaan. Manakala beg, fail peribadi, dan bahan-bahan yang mencurigakan hendaklah diletak di tempat yang telah disediakan.
  • Bahan-bahan di perpustakaan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan sebelum ia direkod oleh Penyelaras PSS / Guru PSS / Pengawas PSS.
  • Membawa keluar bahan-bahan perpustakaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan. Murid yang terlibat akan dihukum.
  • Pengguna dilarang daripada makan dan minum di dalam perpustakaan.
  • Berbincang, berbual, berkelakuan sumbang, dan  aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengganggu ketenteraman dan keharmonian pengguna lain adalah dilarang.
  • Pengguna dikehendaki menjaga kebersihan dan keselamatan bahan-bahan di perpustakaan.
  • Pengguna hendaklah meletak kembali buku yang telah dibaca/dirujuk ke rak asal buku tersebut. Sekiranya tidak pasti tempatnya, sila letakkan di troley yang di sediakan atau minta nasihat daripada Pengawas PSS yang bertugas.
  • Pengguna hendaklah menghormati dan mematuhi arahan daripada Pengawas PSS yang sedang bertugas.
  • Pengguna dilarang daripada berbuat bising atau mesti dalam keadaan senyap.
  • Pengguna diminta menarik kerusi dengan perlahan untuk mengelak daripada mengganggu pengguna lain.
  • Pengguna diminta merapatkan kembali kerusi yang digunakan ke meja sebelum beredar.
  • Pengguna hendaklah memastikan tangan dalam keadaan bersih semasa berada di dalam perpustakaan supaya bahan-bahan tersebut selamat daripada kekotoran.
  • Tarik buku atau bahan-bahan lain daripada rak dengan perlahan untuk mengelak bahan-bahan tersebut daripada rosak, koyak, dll.
  • Semasa keluar dari perpustakaan, pengguna dikehendaki mempamerkan bahan-bahan yang dibawa keluar untuk pemeriksaan oleh Pengawas PSS.

KETENTERAMAN SEMASA DI PERPUSTAKAAN
  • Pengguna hendaklah menentukan kerusi yang digunakan dirapatkan  semula ke meja dalam keadaan senyap sebelum meninggalkan perpustakaan.
  • Murid dikehendaki beratur ketika hendak masuk, keluar atau ketika ingin meminjam dan memulang buku.
  • Semua murid dikehendaki keluar segara daripada perpustakaan dalam keadaan beratur dan senyap aopabila loceng penamat dibunyikan.
  • Murid tidak dibenarkan berdiri, berbuat bising atau melakukan sesuatu perbuatan yang boleh mengganggu pengguna di luar perpustakaan sepanjang tempoh perpustakaan dibuka. 
LAIN-LAIN
  • Peraturan ini mesti dipatuhi oleh semua pengguna pada setiap masa dan keadaan.
  • Semua peraturan yang digubal ini adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan keadaan.