Wednesday, 27 June 2012

JENIS PERKHIDMATAN DI PUSAT SUMBER

JENIS PERKHIDMATAN DI PUSAT SUMBER


Perkhidmatan Sirkulasi Bahan
Sirkulasi bahan di sesebuah PSS perlu mengambil kira saiz koleksi, 
jumlah pengguna dan keperluan pengguna. Sirkulasi bahan terdiri daripada pinjaman biasa, 
pinjaman khas dan pinjaman berkelompok

Perkhidmatan Khidmat Nasihat / Rujukan
Khidmat nasihat / rujukan perlu diberi kepada warga sekolah 
berkaitan perkara berikut pemilihan bahan, pencarian maklumat rekabentuk, 
pembinaan dan penggunaan bahan P&Pdan 
penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi.


 Perkhidmatan Kesedaran Semasa
PSS perlu menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS. Perkhidmatan ini boleh disediakan melalui sumber berikut :
a. laman web sekolah / PSS     
b. b. keratan akhbar
c. muka surat kandungan majalah                         
d. bibliografi beranotasi
e. senarai bahan terkini
f. abstrak dan indeks bahan terpilih
g. pangkalan data bibliografi sumber PSS h. pameran buku baru

No comments:

Post a Comment